Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah bagi kursus Trends & Issues in Education for Mathematical Sciences (SME 3023) iaitu Prof. Dr. Marzita Puteh di atas tunjuk ajar beliau kepada kami sepanjang 14 minggu bersama beliau.


Segala nasihat, dorongan dan bimbingan beliau akan dijadikan panduan dalam hidup kami. Pengalaman yang dikongsi begitu bermakna dan dapat membantu kami untuk menghadapi alam pekerjaan kelak. Tidak lupa juga kepada semua pelajar yang turut mengambil kursus ini kerana telah berkongsi idea dan maklumat dalam perbentangan masing-masing. Ilmu yang diperoleh akan terus disampaikan sebagai peringatan bersama. Di sini, kami berlima ingin menyusun sepuluh jari sekiranya terdapat salah & silap sepanjang bersama-sama Prof. Diharap ilmu yang disampaikan menjadi pedoman dalam hidup kami....Kami berharap blog yang dibina ini dapat membantu rakan-rakan yang lain dalam mengupas isu ini dengan lebih lanjut. Sekian.


Jumpa Lagi...

Terima Kasih ALLAH...=)